UNHCR | Generous hearts find a way. Donate now.
Di tempat-tempat yang mana segalanya telah hilang, nilai kemanusiaan masih terus hidup.
Dari Myanmar, Syria dan Afghanistan, hingga ke Sudan, para pelarian dan keluarga yang terungsi terus saling menguatkan, berkongsi, dan menyokong antara satu sama lain — walaupun berdepan dengan kesukaran yang amat perit, setiap hari.
Apa yang mereka perlukan hanyalah sokongan untuk terus melangkah – untuk menjaga keluarga, dan membina semula kehidupan dalam keadaan yang selamat, terjamin, dan bermaruah.
Ketika kita berkumpul bersama keluarga pada bulan mulia ini, semangat Ramadan mendekatkan kita kepada perkara yang paling bermakna — kebaikan, kebersamaan dan kemurahan hati.
Kerana memberi adalah satu pilihan. Dan pilihan mampu mengubah kehidupan. Ramadan ini, kami mengajak anda memilih untuk bertindak.
Sumbangan anda dapat membantu keluarga yang terungsi untuk mendapatkan makanan, air bersih, tempat perlindungan yang selamat, rawatan perubatan, dan banyak lagi yang amat diperlukan.
Hulurkan sumbangan hari ini — kerana hati yang pemurah sentiasa mencari jalan.
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) diberi mandat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengetuai dan menyelaras usaha antarabangsa bagi melindungi pelarian serta mencari penyelesaian jangka panjang terhadap kesusahan mereka. Mandat ini dilaksanakan di peringkat global, dengan kerjasama Negara-Negara Anggota termasuk Malaysia, selaras dengan piawaian antarabangsa mengenai pelarian dan hak asasi manusia.
Sumbangan yang dibuat kepada UNHCR Malaysia tidak akan dikenakan potongan cukai. Kami masih akan mengeluarkan resit untuk mengesahkan jumlah sumbangan anda.
Dengan memilih untuk memberi sumbangan secara tetap, anda akan membantu UNHCR merancang lebih awal dan melabur dalam projek jangka panjang untuk meningkatkan kehidupan pelarian.
Bantuan yang lebih pantas: Derma bulanan membolehkan UNHCR bertindak balas terhadap kecemasan apabila krisis berlaku. Sumbangan anda boleh disalurkan ke tempat yang paling diperlukan.
Sokongan operasi jangka panjang: Pendapatan yang lebih boleh diramal membantu UNHCR melangkaui bantuan kecemasan jangka pendek dan menyediakan keluarga dengan bantuan dan perlindungan berterusan setiap hari.
Mudah untuk menderma: Untuk menyediakan sumbangan berulang, sila pilih pilihan Bulanan dalam borang. Anda sentiasa boleh mengemas kini sumbangan anda dengan menghubungi pasukan Penjagaan Penderma kami di donormalaysia@unhcr.org
Untuk semua pertanyaan berkaitan penderma dan pengumpulan dana, anda boleh menghubungi kami secara terus di:
Email: donormalaysia@unhcr.org
Tel: +603 2773 2828