Sokongan anda lebih daripada sekadar derma | UNHCR
How would you like to donate?
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, hulurkan bantuan dan sebarkan kebaikan kepada mereka yang amat memerlukan bantuan. Sumbangan anda kepada UNHCR akan disalurkan kepada orang pelarian yang paling rentan demi membantu memenuhi keperluan asas mereka.
Sumbangan anda akan memberikan akses pendidikan kepada anak-anak orang pelarian, penjagaan kesihatan yang sewajarnya untuk orang pelarian yang memerlukan dan memberikan mereka peluang untuk membina kehidupan baharu.
Beribu-ribu keluarga orang pelarian dari negara-negara termasuk Myanmar, Palestin, Yaman, Syria, Afghanistan, dan Sudan yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka telah menerima bantuan dan sokongan daripada insan-insan pemurah seperti anda.
Sumbangan anda mampu memberi harapan dan pertolongan kepada jutaan orang pelarian yang memerlukannya di bulan Ramadan ini
Berikan sumbangan hari ini demi memastikan mereka yang memerlukan, yang terjejas oleh konflik dan penindasan dapat menjalani Ramadan dengan penuh ketenangan kerana #SetiapSumbanganBermakna dalam membawa perubahan.